February 2, 2010

::..Sikap2 pempuan yg xdisukai lelaki..::

Disini aku nyatakan bberapa perkara yang kaum adam xsuka...


1. Mengongkong.

Bukan cik abang xpedulikan kita...tp...dia perlukan masa untuk diri sendiri dan kadang2 seperti kaum wanita jugak perlukan masa untuk kengkawan..so, jgn amik aty la kalaw kadang2 cik abang xcall bgtaw dia kat mana...



2.
Suka ungkit kisah dedulu

Ha..ni lelaki mmg pantang apabila si wanita mengungkit2 kisah dulu2..xkirala kisah cinta dulu kew...tp yang pasti mereka xsuka...kalaw cik abang mula bertanya..." lur?? apa kene-mengenanya??" jaga2!!


3. Sering bertanya sayang kew tak?

Alah..memang sikap wanita camney..Yes! mmg pown...tp kadang2 lelaki bosan taw ngan sikap kita camni...soalan yang femes macam " abg, syg2 x?'' ney kadang2 mbuatkan kaum adam rimas....kadang2 lelaki akan jawab camni.." perlu ditanya ke soalan tu?"..pikir2la...




4. Banyak soal

"Abang kat mana tu?ngan sape?buat apa?kenapa?bagaimana?betul ke?best tak?nak ikut boleh tak?pegi ngan apa??" adus..manyaknye soal..cam inspektor lak...tapi sesetengah wanita menjawab.." Lurr biasela tanya camtu?kita kan seorang kekasih yang mengambil berat?"
ye,tahu....tapi..cuba kita bayangkan kalaw kita ditempat lelaki tu..tak ke pening nak jawab??aduss...




5. Suka Menuduh.

Alamak...kadang2 kaum hawa ney mmg xley blah ngn sikap ney...Almaklumlar..sikap cemburu mmg ada...tapi lelaki memang tak suka kalaw dituduh tentang perkara yang mereka tak pernah terfikir pon untk melakukannya apa lagi untuk melakukannya..(ayat ke tu..?haha)..So pasney janganla tuduh2 eik kecuali law da ade bukti......nak bawak mahkamah pon orait...





6. Diperlakukan bak anak kecil..


Oke....biasanya perkara ney hanya dilakukan bg kaum wanita yang sukakan budak2..sampaikan pakwe @ suami sendiri pon diew nampak cam baby..(haha..ketuk kepala sendiri!!)..Tapi sebenarnya mengikut kajian, owang laki ney tak suka diperlakukan cam ney...tapi kalaw dimanja2kan bak anak kecil...mmg dorang gemarrrr..haha..yekew?ntahla..tnyela kaum adam sendiri....




Begitula Al-kisah...so pasney harap2 dihindari sikap yang cenggitu...


hati berbisik : Cinta mesti ada toleransi.

February 1, 2010

::..Haruskah aku mati kerana cinta?..::



Oke..soalan ney mmg mudah dijawab bagi owang yang xpenah merasa sakitnya putus cinta..Tentulah jawapannya TIDAK..nd yes! aku bersetuju ngan jawapan tu..tapi.........BAGAIMANA?


Hari pertama
tanpa si dia memang sakit..Mesti kita terfikir...Kalaw time2 camney mesti dia mesej aku, call aku, xpon ajak aku kuar or ape jua aktiviti bersama...namun skunk aku terpaksa menghadapi hidup aku sendirian...betapa pedihnya hari-hari yang bakal aku lalui...apakah..arghhh!!! xmungkin..................tapi perlukah kita hidup dibelenggu bayangan yang seperti ini...

Hari kedua..masih lagi berkurung lam bilik....bersandar pada dinding sambil pandang langit melalui tingkap...di mata tiada perkara lain melainkan kenangan bersama si dia....mata belum puas menangis...betapa sakitnya ketika itu..jiwa meronta-ronta mahukannya kembali ke pangkuan kita....ibu ketuk pintu dari luar bilik...lama ibu memujuk..namun lama2 ibu paham dan pergi...



Hari ketiga.
...kita ada tabiat baru..berkurung dalam bilik air..biarkan air bercucuran atas kepala sambil bersandar pada dinding...menangis semahunya..berjam-jam lamanya berada lam bilik air..dari luar kedengaran ibu ketuk pintu lagi..kita jerit cakap tengah mandi...kita buat2 da takde paper..ibu senyum...padahal kita disini..tuhan je yang tahu...kita nangis semahunya..tapi jauh dari sudut hati kita sebenarnya kita tengah mencari kekuatan...


Hari2 seterusnya
begitulah keadaan kita..kita masih cuba mencari kekuatan dicelah hati yang menangis..hati kita pedih sangat bila tahu dia da ada orang baru..nampak sangat kenangan kita dan dia tidak pernah singgah dan melekat kat hati dia..kita cakap,xpe.....tapi tanpa sedar air mata yang da beransur kering kembali lebat....satu persatu air mata jatuh...sampainya hati dia....




Hari ini... kita tekad...kita da xsanggup hidup lagi...kita amik tali ayah kat stor blakang....kita gantung tali tu kat dalam bilik kita...kita tenung je tali tu....air mata kita da kering...da manyak hari kita menangis..da manyak hari kita terseksa...kita naik atas kerusi..kita pegang tali tu...kita pejam mata..pastu kita teringat..eh aku belum update blog...oke..kita bukak tali tu then simpan kat stor..on pc n tulis entry baru....


hati berbisik: kadang2 kekuatan itu hadir tanpa kita sedar n mesti ingat masih ramai lagi yang menyayangi kita..xperlu nak mengharap pada orang yang langsung xtaw nak menghargai kita... ^.^

January 31, 2010

::..Homosexual di Kota Pompei..::

Ngeri n dahsyat.. tu je yg dapat digambarkan ttg peristiwa yang telah melanda kota pompei..

Apa tu kota pompei..?? Kota Pompei adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah roboh n musnah berdekatan dengan kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Itali.


Kota ney dikatakan telah hancur oleh letusan gunung berapi Vesuvius sekitar 79 M.

Kota Maksiat ini telah lenyap lebey kurg 1600 tahun yg lampau dan telah ditemukan scara xsengaja atau kebetulan oleh arkitek bernama Fontana yang menggali sebuah jalan baru untuk Sungai Sarno sekitar tahun 1599. walaubagaimanapun. iaya mengambil masa 150 tahun selepas tu untuk menggali kota ini secara serius.


::..ilustrasi komputer ttg khncuran pompei- source

Kehancuran n kemusnahan kota pompei kalaw dilih
at adalah sama ngan peristiwa penduduk sodom iaitu kaum Nabi Luth a.s..Mereka dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas.. Dan mereka juga mengamalkan seks songsang(homosexual).

Jika dulu umat Nabi Luth a.s di azab ngan
diturunkan hujan batu n batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dgn kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit, kejadian yang hampir serupa berlaku pada penduduk Kota Pompei apabila meletusya Gunung Berapi Vesuvius.(Subhanallah!)

Masyarakat Pompei jgk di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra iaitu kepercayaan yang meyakini bahawa persetubuhan xsepatutnya dilakukan secara berselindung, tapi terbuka..Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit..wtf..??!!

Lebih mengerikan apabila letusan tu berlaku dalam keadaan penduduknya xbersedia dan ianya berlaku dalam masa yang pantas.Buktinya apabila kebanyakan penemuan mayat manusia yang terawet menunjukkan mimik muka yang tercengang n bingung seolah-olah mereka xtaw apa yang sbnrnya sedang berlaku.






::..source-google..::



Xkurang jgk penemuan tubuh-tubuh manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat!



Bagitula jadinya apabila amaran Allah xdipeduli..sedangkan Allah dah pon memberi pengajaran kepada umat manusia melalui kaum Nabi Luth a.s yang xmaw patuh pada agama Allah, namun ianya langsung x diambil peringatan n langsung xdijadikan pengajaran...Yang pasti, jika terdapat segelintir golongan yang melakukan maksiat, maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya...huhu..Wallahualam...^.^


Hati berbisik : Tapi kat Malaysia siap2 ada kelab khusus untuk golongan homosexual lagiii...









January 30, 2010

::..Misteri Segi tiga Bermuda..::

Segi Tiga Bermuda ini terletak di Lautan Atlantik dan melukiskan banyak misteri.


Menurut wikipedia ,ianya tempat dimana banyak kapal xkirala kapal terbang ke,kapal laut ke, akan hilang jika melalui,melintas,berjalan,terbang di kawasan yang juga disebut sebagai Segi Tiga Syaitan.

Apabila terjadinya peristiwa yg aneh camni, maka ianya menjadi perhatian di seluruh dunia dan banyaklah pendapat dan pandangan yang dikeluarkan dan ianya terkadang melampaui batas pemikiran manusia. Cth:' fenomena alam yang xmembenarkan sesiapa melintasi wilayah itu atau terdapat alien atau UFO yang berkampung disana'.

Memanglah banyak pendapat yang boleh diterima pakai namun sebagai seorang Islam, aku masih mencari-cari jawapan dari sudut agama. Ini kerana kebanyakan misteri yang berlaku,cth: 'Peristiwa Nabi Nuh yang berkaitan dengan lautan hitam' dapat dirungkai melalui kajian dan sudah tentulah rujukannya adalah Al-Quran.

So,aku google utk mendapat kebenaran yang pasti ttg ini..dan aku jumpa website ini.
Biarla aku coretkan kat sini ape yang telah dikatakan oleh beliau law malas nak click.
Menurut beliau, telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ,telah bersabda Rasulullah maksudnya, “Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Segi Tiga Bermuda ? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

So rasanya terjawabla Misteri Segi Tiga Bermuda. Oleh kerana Syaitan suka berkampung di kawasan pertembungan dua arus antara sejuk dan panas, maka dijadikan Segi Tiga Bermuda itu sebagai Istana mereka. (so,paham2lar ape keje syaitan kan??)

Sedang aku masih lagi mencari hujah susulan untuk memperkuatkan lagi hadis diatas, aku terjumpa ini.


Tajuk buku ni amat menarik perhatian aku dan aku mulalar menggoogle untuk mencari kepastian.. Muhammad Isa Dawud telah menjalankan kajian ttg sejarah kewujudan Dajjal dan mempunyai teori dan pendapat sendiri berkaitan Segi Tiga Bermuda melalui kajian dan pemikiran.

Menurut beliau, Dajjal memilih untuk tinggal di kawasan yang berair kerana si lahanat tu memang sudah mahir ttg selok belok air memandangkan mmg dia sejak kecil hidup disebuah pulau yang terpencil(dengan izin Allah). Makanya dia si lahanat bermata buta itu telah bercadang memilih Segi Tiga Bermuda (walaupun tempat ini terlebih dahulu dimonopoli oleh iblis laknatullah) sebagai tempat tinggal yang strategik dengan bantuan kaum kerabat yang seangkatan dengannya iaitu jin dan syaitan laknatullah.

Beliau jugak menafikan ttg kewujudan piring2 UFO yang berasal dari planet lain yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat. Bagi beliau UFO memang wujud namun itu sebenarnya adalah jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya.

Piring2 terbang itu dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segi Tiga Bermuda


Maka dapatlah ditafsir disini misteri yang selama ini berlaku adalah angkara dajjal,iblis laknatullah dan jin yang seangkatan dengan mereka.Dan tentulah ianya disebabkan oleh Sang iblis laknatullah yang berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan NAbi Adam a.s..


As a conclusion, Jika benarlah dakwaan buku itu, tidak hairanlah apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW itu benar dan mendahului zaman, sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawapan untuk semua pertanyaan...huhu..sekian ^.^