January 30, 2010

::..Misteri Segi tiga Bermuda..::

Segi Tiga Bermuda ini terletak di Lautan Atlantik dan melukiskan banyak misteri.


Menurut wikipedia ,ianya tempat dimana banyak kapal xkirala kapal terbang ke,kapal laut ke, akan hilang jika melalui,melintas,berjalan,terbang di kawasan yang juga disebut sebagai Segi Tiga Syaitan.

Apabila terjadinya peristiwa yg aneh camni, maka ianya menjadi perhatian di seluruh dunia dan banyaklah pendapat dan pandangan yang dikeluarkan dan ianya terkadang melampaui batas pemikiran manusia. Cth:' fenomena alam yang xmembenarkan sesiapa melintasi wilayah itu atau terdapat alien atau UFO yang berkampung disana'.

Memanglah banyak pendapat yang boleh diterima pakai namun sebagai seorang Islam, aku masih mencari-cari jawapan dari sudut agama. Ini kerana kebanyakan misteri yang berlaku,cth: 'Peristiwa Nabi Nuh yang berkaitan dengan lautan hitam' dapat dirungkai melalui kajian dan sudah tentulah rujukannya adalah Al-Quran.

So,aku google utk mendapat kebenaran yang pasti ttg ini..dan aku jumpa website ini.
Biarla aku coretkan kat sini ape yang telah dikatakan oleh beliau law malas nak click.
Menurut beliau, telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ,telah bersabda Rasulullah maksudnya, “Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Segi Tiga Bermuda ? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

So rasanya terjawabla Misteri Segi Tiga Bermuda. Oleh kerana Syaitan suka berkampung di kawasan pertembungan dua arus antara sejuk dan panas, maka dijadikan Segi Tiga Bermuda itu sebagai Istana mereka. (so,paham2lar ape keje syaitan kan??)

Sedang aku masih lagi mencari hujah susulan untuk memperkuatkan lagi hadis diatas, aku terjumpa ini.


Tajuk buku ni amat menarik perhatian aku dan aku mulalar menggoogle untuk mencari kepastian.. Muhammad Isa Dawud telah menjalankan kajian ttg sejarah kewujudan Dajjal dan mempunyai teori dan pendapat sendiri berkaitan Segi Tiga Bermuda melalui kajian dan pemikiran.

Menurut beliau, Dajjal memilih untuk tinggal di kawasan yang berair kerana si lahanat tu memang sudah mahir ttg selok belok air memandangkan mmg dia sejak kecil hidup disebuah pulau yang terpencil(dengan izin Allah). Makanya dia si lahanat bermata buta itu telah bercadang memilih Segi Tiga Bermuda (walaupun tempat ini terlebih dahulu dimonopoli oleh iblis laknatullah) sebagai tempat tinggal yang strategik dengan bantuan kaum kerabat yang seangkatan dengannya iaitu jin dan syaitan laknatullah.

Beliau jugak menafikan ttg kewujudan piring2 UFO yang berasal dari planet lain yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat. Bagi beliau UFO memang wujud namun itu sebenarnya adalah jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya.

Piring2 terbang itu dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segi Tiga Bermuda


Maka dapatlah ditafsir disini misteri yang selama ini berlaku adalah angkara dajjal,iblis laknatullah dan jin yang seangkatan dengan mereka.Dan tentulah ianya disebabkan oleh Sang iblis laknatullah yang berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan NAbi Adam a.s..


As a conclusion, Jika benarlah dakwaan buku itu, tidak hairanlah apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW itu benar dan mendahului zaman, sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawapan untuk semua pertanyaan...huhu..sekian ^.^

5 comments:

  1. waaa..dah pandai main snooker la pulak alien ni hahaha

    ReplyDelete
  2. semua yang terjadi di bumi dan dilangit takkan berlaku tanpa kuasa Allah ta'ala.. good job sbb awak spread ilmu '-'

    ReplyDelete
  3. kalo x silap kt area China ade 1 lg segitiga.. misteri dia pn sama gaks..

    cbe try link nih..
    http://www.unexplainedstuff.com/Places-of-Mystery-and-Power/Japan-s-Dragon-s-Triangle.html

    urm.. buku Muhammad Isa Dawud tu.. agak femes dlu.. saya baca yg bercakap dgn jin islam.. then baru aa jmpa yg pasal dajjal ni.

    punya la fanatik saya dgn Bermuda Triangle ni smpi dulu pernah berazam nak melawat ke sana.. nak rasai sendiri ape yg terjadi.. hee.. tp tu dulu aa..

    ReplyDelete
  4. to farah hanani:

    yeayeah! dulu qis pown penah terthought perkara yg sama..haha...law x da jadik alien kewt kitew?hehe..^.^

    ReplyDelete